Hari Terbuka Pusat Internet Taib Andak 2018
12 November 2018 | Aktiviti TerkiniProgram Hari Terbuka Pusat Internet Felda Taib Andak 2018 telah berlangsung pada hari Sabtu, 11 November 2018. Program Hari Terbuka PI Felda Taib Andak 2018 merupakan program tahunan yang dirancang sejak awal tahun lagi. Ianya merupakan salah satu cara bagi menjalinkan hubungan mesra antara masyarakat dengan pihak pusat internet dan juga bersempena sambutan hari raya aidilfitri. Program ini juga telah mendapat kerjasama Staf Pusat Internet, Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) dan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Taib Andak,Pusat leterasi keluarga.
Program ini telah dirasmikan oleh YB. Tn Hj Tofrin bin Jarvamthi, ADUN Bukit Permai. Para masyarakat berpeluang bertemu bual dengan staf pengurusan pusat internet dan diperkenalkan dengan program dan aktiviti yang telah dirancang di pusat internet. Pelbagai program menarik yang telah diadakan antaranya pendaftaran keahlian percuma, program advokasi dan sukaneka. Program ini berlangsung dengan meriah. Program ini berlangsung bermula dari jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 2.30 petang
.Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: