PROGRAM HEBAHAN DAN PENDAFTARAN PROGRAM AGROPRENEUR MUDA DAN SISTEM PERMOHONAN GERAN AGROPRENEUR MUDA BERSAMA PEJABAT PERTANIAN DAERAH KOTA TINGGI

22 Mei 2025 | Aktiviti Terkini

Pada Rabu, 21 Mei 2025, telah diadakan salah satu Program Hebahan dan Pendaftaran Program Agropreneur Muda dan Sistem Permohonan Geran Agropreneur Muda bersama Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi. Program ini bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang.

Program ini telah dihadiri 25 orang peserta dan 2 orang pegawai dari Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi dan Ibu Pejabat Jabatan Petanian Negeri Johor.

Program ini dianjurkan bertujuan memberi pendedahan serta tunjuk ajar secara langsung kepada peserta agar mereka dapat mengemukakan permohonan dengan lebih tepat, teratur dan berpotensi tinggi untuk diluluskan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali