NADI SEMANGGAR DALAM - MAHIR SLS KAMERA JADI DUIT
21 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 20 November 2025, pihak MAHIR Foto telah mengadakan MAHIR SLS Kamera Jadi Duit bagi peserta Mahir Foto dan juga terbuka kepada umum. Kelas ini telah disiarkan secara Youtube Live di NADI Semanggar Dalam dan telah dihadiri 1 orang peserta yang terdiri daripada komuniti sekitar Kg.Semangar Dalam.
Sepanjang kelas berlangsung, pelbagai teknik mudah serta tip istimewa berkaitan penggunaan kamera dan asas fotografi telah dikongsikan kepada para peserta, khususnya dalam menghasilkan kandungan visual yang berkualiti dan bernilai komersial. Ilmu yang disampaikan amat sesuai diaplikasikan sebagai sumber pendapatan sampingan serta bagi meningkatkan kemahiran fotografi dalam pelbagai bidang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: