NADI SEMANGGAR DALAM - MAHIR SLS BANANA PUDDING DAN HAEMUL PAJEON
8 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 07 Oktober 2025, pihak MAHIR Masak telah mengadakan MAHIR SLS Banana Pudding dan Haemul Pajeon bagi peserta Mahir Masak dan juga terbuka kepada umum. Kelas ini telah disiarkan secara Youtube Live di NADI Semanggar Dalam dan telah dihadiri 2 orang peserta yang terdiri daripada komuniti sekitar Kg.Semangar Dalam.
Sepanjang kelas berlangsung, pelbagai teknik mudah serta tip istimewa dalam penyediaan Banana Pudding dan Haemul Pajeon telah dikongsikan kepada para peserta. Ilmu yang disampaikan amat sesuai diaplikasikan sama ada untuk tujuan perniagaan mahupun sebagai hidangan istimewa untuk keluarga.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: